SUPPLEMENTARY EXAM (UiTM)

 Assalamualaikum and hi semua. aku adalah salah seorang pelajar dari UiTM cawangan Melaka. rasa nak mengarang dekat sini since semalam aku baru habis jawab supplementary exam.

So apa itu supplementary exam? supplementary ke special exam ke, exam ni khas untuk pelajar semester akhir yang ada gagal. hanya 1 atau 2 subjek layak ambil exam ni. if lebih, sorry to say, but you need to extend sem. tu kalau boleh, supp exam ni buat betul2.

Then perlu bayar ke tidak? yes, RM100 per paper. macam aku kena 2 paper so RM200. macam mana nak register? lepas keluar result tu, dekat istudent bahagian e academic. after register tu, dinasihatkan contact lecturer ke PA korang untuk further information. macam aku haritu, aku contact lecturer yang ajar aku tu. then dia provide schedule exam dekat aku semua.

Susah ke senang? hmm aku boleh kata level susah dia tu sama je macam final aku haritu. cuma bezanya kalini, 100% based on paper only. tak macam sebelum ni 60% paper final 40% carrymarks. dan ada dengar ura2 juga, if markah kita still bawah 50, lecturer akan bantu kita dengan tambahkan carrymarks sebelum tu. tapi ni aku xberani jamin. just baca dekat google je. dan diingatkan juga, maximum gred yang korang boleh dapat hanyalah C sahaja memandangkan tujuan exam ni untuk pelajar lulus dan grade on time (GOT).

Pengalaman aku? ni first time gagal beb. sedih sesedihnya boleh cakap sebab sem2 sebelum ni aku dean list hm. semua negative feeling dapat rasa masa hari result tu. tapi sehari tu je sebab aku jenis xsuka sedih lama2. bayangkan, malam tu je aku terus buka buku study subject yang kena supp exam tu. subject apa yang kena tu biarlah rahsia hahaha.

Nasihat aku dekat korang yang senasib macam aku. Kalau nak down sebab result teruk, down je sampai kau puas but manage ur time. sebab lepas kau down tu, kau kene comeback balik. focus on yourself only. ya aku tahu, kawan2 lain ada yang dapat penerapan boleh sambung degree terus. tapi biarkan. dorang biar cara dorang. xsemua orang story yang sama. ibu aku pesan, jangan lupa juga dekat Allah SWT. Banyakkan doa dan solat. insyaallah korang boleh jawab.


GOODLUCK SEMUA!

Comments

  1. hai, awakk. kan awak bagitahu that ujian tu 100% based on paper kan, kiranya topik yang masuk tu akan cover untuk all topik or still follow topic yang kita ambil masa final exam before this

    ReplyDelete

Post a Comment